Weekly News/Announcements

Karnival PLC (Professional Learning Community)

Pada 3 Mac 2020, Hub Inovasi & Multimedia (HiM) telah membuka booth di Dewan SJKC Chong Min, Teluk Intan sempena Karnival PLC (Professional Learning Community).

Karnival ini diadakan bertujuan untuk membantu meningkatkan pemahaman terhadap konsep amalan budaya PLC melibatkan sekolah-sekolah TS25 Kohort 1 hingga 4.

Dengan mengambil bahagian di dalam karnival ini, HiM secara tidak langsung dapat mempromosikan program-program serta perkhidmatan yang disediakan di HiM.